Rabu, 5 Januari 2011

RM 3 : Penganggur Terhormat !

Assalamualaikum ,
Salam Sejahtera .

Photobucket

Hahahaha . PENGANGGUR TERHORMAT ? Suatu ketika , aku pernah berkata kepada Senior-senior aku yang mereka yang tidak BEKERJA itu adalah PENGANGGUR TERHORMAT . Status ini dipandang buruk pada aku .

Tetapi SEKARANG ? aku telah memegang gelaran itu dengan segala HORMATNYA ! Lepas sahaja SPM habis , aku hanya duduk di rumah . Main games PS2 sampai lebam . Online Komputer sampai ke pagi buta . Lepak dengan kawan-kawan sampai lupa rumah dan sebagainya .

UNTUNG LAA kita dapat tidur masa budak-budak pergi ke sekolah . Rasa aman kat rumah ini . Tapi rindu jugak kat sekolah . hurmmmmm.

TAPI Aku rasa Sekarang aku dah MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! Segalanya boleh aku lakukan tanpa sebarang halangan . Bukan aku tidak mahu bekerja cuma aku rasa masa sekarang ini adalah masa sesuai aku berehat . Mungkin selepas ini , bila duit poket dah habis , aku akan mula bekerja . Tapi kena selepas aku dapat Lesen Pra-L . Kalau tidak , takut menganggu Fokus aku terhadap kerja .



Dari Status sebagai seorang PELAJAR telah bertukar kepada seorang PENGANGGUR . Sedih betul bila mengenangkannya .


Pesanan : Kepada Budak SPM 2010 yang tahun ini mula START jadi PENGANGGUR , Selamat Bercuti saya ucapkan . Jaga diri tu sampai ambil result ! Kepada Para Pelajar yang kena bangun pepagi , kena mandi air sejuk , dan kena gerak awal pagi ke sekolah , BELAJAR ELOK-ELOK . Korang fikir ibu bapa bayar duit kat pihak sekolah , saja-saja je nak derma duit tu kat sekolah . Fikirlah pengorbanan Ibubapa . Jangan lah serong sana , serong sini . Tak Baik ! Hargai lah masa anda menjalani Waktu Persekolahan . Ia merupakan Pengalaman Yang Terindah ! Dan juga Kepada Pelajar yang BAKAL menghadapi UPSR , PMR , DAN SPM 2011 , belajar bersungguh-sungguh !

Terima Kasih !

0 KOMEN: