Rabu, 9 Mac 2011

RM 23 : Alam Cyber Vs Dunia Realiti .

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 

Hari ni saya cuti buat kali pertama setelah 2minggu saya bekerja . Sesangat Happy !
Hari ni rancang nak pergi satu tempat yang berada di Negeri Sembilan iaitu Taman Tuanku Jaafar .
Walaupun saya duduk kat Negeri Sembilan , tapi tak tahu tempat tempat kat Negeri Sembilan . 
Sedih tol ! Oleh kerana tak tahu kat mana Taman Tuanku Jaafar , terpaksa la naek CAB !

SAYA NAK PERGI RUMAH ZUAI !

.. My Survivor Begin ..

Pada pukul 11pagi , RizuwanMasri bersiap untuk pergi ke Rumah Zuai ! Nak pergi ke TTJ ni , saya melalui 2 Peringkat iaitu Dari Rumah ke Bandar Seremban dan Dari Bandar Seremban ke TTJ . So banyak guna duit tapi tak pe . Saya tak kisah pon . hehehehe .

Saya dari rumah ke Bandar Seremban menaiki Bas saje . Selepas sampai Bandar Seremban , pergi Bank kejap . Lepas tu , Jumpe kawan kejap . Lepas tu , baru gerak ke TTJ . Act , saya nak naik bas . Bila cakap nan PakCik Bas , dia cakap " Mana ada bas TTJ ! Dah lame dah tak ada . " Saya dah blurr ! Nampaknya naik CAB laaa . *Duit terbang ...

Dalam perjalanan nak pergi ke TTJ ni , saya meneliti jalan dengan penuh FOKUS ! agar lain kali nak pergi TTJ , naik kete sendiri je . Lagi bagus ! Dah sampai je kat Taman Tuanku Jaafar , nak carik umah zuai mmg susah ! Kesian PakCik Cab tu , dia charge taxi RM12 . kalau carik rumah RM14 . but aku cakap tak ada duit , lepas tu dia cakap RM13 pon boleh lah . Aku pun kata , YE LAAA .

Dah sampai je rumah Zuai , bagi la salam an . Tak kan nak simbah CAT pulak . hahahaha . "Assalamualaikum ." , kata Rizuwan kepada Tuan Rumah . Tuan Rumah pun kuar dengan muka BARU BANGUN TIDO ! 

Lepas tu , dia halau jemput saya masuk . Saya duduk kejap serta di interview oleh Nenek kepada Zuai . Zuai bagi air sarsi . Saya minum nan Rakus nya . Zuai pergi Solat Zohor kejap . Dah selesai je Solat , terus kata , Nak belajar apa ? . Sebenarnya tujuan datang umah zuai just nak belajar PHOTOSHOP ! at the same time , nak berjumpe la kawan Facebook sorang ni . HAHAHAHA . Okey , sambung balik . Tetiba cakap cm tu an , mmg tak tahu nak cakap ape , just saya cakap " tunjuk lah Function PHOTOSHOP " . Bila dia dah buat something guna PHOTOSHOP ! , saya rasa " WAH ! " 

Selepas belajar PHOTOSHOP , saya nak jalan jalan kat area Taman Tuanku Jaafar tu , maklum lah  tak penah datang kan , mmg gayat la  but still cover ! Kitaorang lepak kat taman . Lepas tu , zuai ajak FARHAN lepak sekali . sorang lagi Kawan Facebook . Memang terkejut !! berbeza kat dalam Facebook ! Lepak punye Lepak , dah pukul 7.00 malam . Apa lagi , balik umah la . Sebelum balik , Zuai ni SNAP SNAP gambar . Saksikan laaah !

Farhan . ? . Rizuwan . Zuai 

? . Farhan . RizuwanMasri . ?

Yang saya letak ? tu tak tahu nama diorg . 2 perempuan tu kawan kepada Zuai dan Farhan .

RESPON KEHADIRAN SAYA DARI ZUAI !  : Kawan Facebook ?

Kata kata akhir RizuwanMasri : Kawan di FACEBOOK sangat lain bila berjumpa di DUNIA REALITI !

SERONOK PERGI KE TTJ !!

KALAU ADA UMUR YANG PANJANG ,
MOGA KITA BERSUA LAGI !!


6 KOMEN:

♥ zuai™ ♥ berkata...

WOAH name sayaaa :D

kawan lama berkata...

bile nak dtg kuantan lak?

RizuwanMasri berkata...

@♥ zuai™ ♥ Hahaha . Kembang zuai . :P

RizuwanMasri berkata...

@kawan lama dalam perancangan . Maybe selepas ni , nk g johor dulu . lepas tu , maybe kuantan . :D siapa anda ? kenal kan diri anda ? saya suke berkawan okey ? jgn malu2 laa .

Acap berkata...

drive kete belum cekap lagi. masih P. dangerous.

RizuwanMasri berkata...

@Acapbukan buat masa sekarang , time sudah betul2 okey bawak kete , bru g jalan2 . :D