Selasa, 17 Januari 2012

Keimanan kita tidak semudah Matematik .

Assalamualaikum .

Tinggal 4 hari je untuk aku balik ke Seremban sebab aku dapat Cuti Tahun Baru Cina . Seronoknya setelah sekian 2 minggu lebih tak balik ke Seremban . Tak sabar diri ni nak pulang ke My Hometown ![LuahanHati]



Okey ! kita berbalik kepada topik yang ingin aku sampaikan iaitu Keimanan Kita Tidak Semudah Matematik ! Lahirnya Idea untuk aku bercakap tentang perkara ini semasa dalam Kelas Pendidikan Islam ketika Ustazah saya , Ustazah Norhaslina memberi nasihat pagi tadi . Sebelum itu , jom kita tengok apa itu IMAN ?

Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna. Ketiadaan satu sahaja dari yang tiga itu, sudah lainlah nama yang Islam berikan pada seseorang itu, iaitu fasik, munafik atau kafir.(WikipediaMS)

Lihat , bertapa pentingnya IMAN seseorang itu perlu dijaga kerana jika kita terlalai walaupun seketika , tanpa kita sedari kita telah tergolong dikalangan orang yang Fasik , Munafik @ Kufur . Tapi mesti korang pelik , apa kena mengena IMAN dan MATEMATIK ?

Okey , jom kita lihat satu Formula Matematik yang telah kita pelajari time kita mula masuk Darjah 1 dan digunakan sehinggan kini .


Formula Tambah(+) dan Tolak (-)

10 + 5 = 15
10 - 5 = 5

Okey , sekarang mari kita gunakan Formula tersebut untuk menguji Keimanan kita .

Contoh :
10(Kebaikan) + 5(Kebaikan) = 15(Kebaikan)

Tapi bila kita melakukan SEKALI sahaja kesalahan sebagai contoh , mensyirikkan Allah s.w.t ..

10(Kebaikan) - 1(Kesalahan) = 0 ...

Nampak ? Kalau mengikut Logik Formula Matematik , akan ada Baki Kebaikan itu apabila di tolak dengan satu kesalahan TETAPI apabila kita telah SEKALI mensyirikkan Allah s.w.t , segala kebaikan kita sudah tiada maknanya langsung .

Allah s.w.t telah memberikan kita cahaya(Nur) Islam itu dengan mudah sekali dengan cara kita mewarisinya daripada Ibubapa kita . Jadi kita perlu lah menjaga IMAN itu dengan baik dan jangan sesekali cuba untuk mencemarkannya . Kerana kesilapan titik , rosak HATI seluruhnya . #peribahasasendiri . Kepada yang tersasar itu , kita masih ada peluang untuk kembali ke pangkal jalan dan Allah s.w.t menerima taubat dari hambanya yang bersungguh-sungguh untuk berubah .
Ya Allah , tetapkan lah IMAN kami , teguhkan IMAN kami , Lindungi lah IMAN kami daripada goyah dengan godaan syaitan serta hawa nafsu . Amin .
#Formula Matematik itu cuma lah perumpamaan sahaja bagi senang untuk difahami . :D 

0 KOMEN: