Jumaat, 5 Oktober 2012

Bilakah kesakitan ini akan berakhir ?

Assalamualaikum

Lama nya tak update blog ini . Dah bersarang-haee daa blog ni. hahaha. Maklum lah, kekangang masa yang sangat sangat terhad . Dengan Study nya , KOKO nya . Lagi-lagi SEM 2 ni , banyak pulak subjek 'killer' nya . Memang tension betol .

Hari ini aku update blog ni sebab nak buat luahan hati . hohoho. Dah seminggu kot aku sakit perut dan muntah-muntah . Tak tahu lah pasal apa, mengapa ia terjadi dan apa puncanya . Nak jumpa doktor memang malas lah kan , lagi lagi tak ada transport serta tak ada masa nak pergi . 

Apabila sakit ini, mula lah teringat keluarga kat Seremban. Kalau kat sana, dah paksa dah pergi klinik or hospital. Lepas tu, ada makcik yang merawat kita. Ada atuk yang menjaga kita . Serius terasa diri ini mcm keseorangan je kat Ipoh ni .

Aku harap sakit ini cepat cepat lah berakhir . Tak tahan dibuatnya . Kalau setiap kali makan , pergi ke tandas atau muntah . Apa lah yang tinggal kat perut aku ni ? Dah lah makan , sehari sekali . *Saving punya pasal . Hurmm , Redha je lah dan terima dugaan ini dengan hati yang terbuka . Kalau kita ditimpa musibah, mungkin ia sebagai penghapus dosa kita yang lalu , kan? Allah Maha Mengetahui Segalanya . 

Luahan hati Rizuwan Masri .

0 KOMEN: